PJKita_BM > Zumba

Zumba

Zumba adalah sejenis tarian senaman yang direka sekitar 1990’an oleh seorang penari daripada Colombia bernama Alberto Beto Perez yang menggabungkan pelbagai gaya menari dalam programnya yang diiringi dengam musik yang rancak. Lebih kurang 10 tahun kemudian, ianya telah mendapat perhatian dan dilakukan secara kerap oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia termasuk penduduk di Malaysia. Terutamanya remaja perempuan dan suri rumah serta perempuan yang berumur di Malaysia. Anda akan tahu sesuatu itu menjadi terlampau popular apabila anda melihat ibu dan makcik-makcik anda mendaftar untuk kelas senaman aerobik untuk menari dengan diiringi musik antaranya; hip hop.

Apabila kita lihat lebih mendalam, kita akan nampak yang zumba ini adalah sebenarnya aktiviti untuk bergembira dan untuk menjalin silaturahim dengan penari-penari yang lain. Ianya juga tidak mempunyai had umur. Para peserta tidak perlu menghafal seratus peratus rutin menari kerana mereka boleh menari sesuka hati. Ianya adalah seperti satu parti tarian besar-besaran yang diiringi musik daripada seluruh dunia; satu minit anda berasa seperti berada di India menari kepada lagu Bollywood yang popular dan pada minit yang lain pula anda berasa seperti berada di Jamaica menari kepada musik dancehall dan itulah sebabnya ramai orang yang tertarik kepada aktiviti ini.


  • WHERE

  • OPENING HOURS

  • CONTACT DETAILS