PJKita_BM > Vandalism Taman

Vandalism Taman

Terdapat sebanyak 464 kawasan lapang di PJ termasuk taman-taman serta taman permainan dan 296 daripadanya adalah diurus oleh MBPJ. Selebihnya diurus oleh pembangun kawasan perumahan masing-masing. Jadi banyak juga taman-taman serta taman permainan yang harus dijaga dan dipantau. Oleh sebab itu pihak MBPJ mengadakan program-program seperti program memilihara taman contohnya, dengan harapan pengendalian kesemua kawansan lapang itu adalah lancar dengan bantuan daripada penduduk di PJ untuk melaporkan dengan kadar yang segera sebarang perbuatan vandalisme. Kesemua komuniti di PJ harus memainkan peranan untuk memastikan usaha ini berhasil.

Memang terdapat cara lain untuk memantau serta mengelak daripada vandalisme seperti meletakkan kamera di sekeliling taman-taman. Namun usaha sebegitu adalah sangat mahal untuk diadakan dan diuruskan. Tahap vandalisme di taman-taman di PJ juga tidaklah terlampau serius untuk mengambil tindakan seperti itu. Untuk masa ini, pihak tertentu mestilah mengadakan kempen pendidikan serta kesedaran di sebanyak tempat yang mungkin untuk memastikan generasi akan datang mengambil berat tentang persekitaran mereka.


  • WHERE

  • OPENING HOURS

  • CONTACT DETAILS