PJKita_BM > Taman Bandaran Kelana Jaya

Taman Bandaran Kelana Jaya

Kebanyakan kita bekerja untuk menikmati hujung minggu. Tidak kisah betapa dalamnya minat terhadap kerja, kita semua tahu yang kerja bukan segala-galanya dalam kehidupan. Meluangkan masa bersama orang yang kita sayang adalah perkara yang kita selalu pentingkan. Terdapat pelbagai lokasi untuk mencipta kenangan manis bersama keluarga dan sahabat-sahabat di PJ dan salah satu tempat berkenaan adalah Taman Bandaran Kelana Jaya – sebuah taman yang menarik untuk beriadah berdekatan dengan Stadium MBPJ dan pusat membeli-belah Paradigm.

Apabila di sana, anda boleh melihat ramai orang membuat pelbagai aktiviti seperti berlari, bermain skate board, basikal, tenis, badminton, dan lain-lain. Ianya adalah taman paling besar di PJ dan anda boleh mengadakan piknik makan-makan dengan pertandingan persembahan bersama keluarga jika anda mahu. Jika anda berasa malas untuk berbuat apa-apa, anda juga masih boleh menikmati kemudahan taman itu dengan hanya bermalas-malas di situ seorang diri atau bersama kawan-kawan. Ramai daripada kita patut meluangkan masa untuk bersantai untuk sedar bahawa kita ada banyak perkara yang kita patut bersyukur. Mempunyai penglihatan untuk menikmati kecantikan awan di taman tersebut adalah salah satu daripadanya. Anda digalakan untuk menguna imajinasi masing-masing dalam usaha mengejar kebahagiaan di Taman Bandaran Kelana Jaya.


  • WHERE

  • OPENING HOURS

  • CONTACT DETAILS