PJKita_BM > Senyum

Senyum

Untuk senyum sebagai tanda ramah kepada orang yang kita tidak kenal mungkin sangat bererti bagi dia dan juga anda. Bayangkan anda sedang berduka dan apabila sedang berjalan, seseorang yang cantik memberikan anda satu senyuman manis – tentu ianya akan membuatkan anda sedikit ceria. Jika anda membalas dengan senyuman, orang yang tidak dikenali itu juga mungkin akan merasa seperti apa yang anda rasa. Ianya senang merebak dan sememangnya kita semua patut senyum kepada satu sama lain dengan lebih kerap.

Perbuatan ini juga akan membuatkan orang merasa lebih dekat dengan satu sama lain. Ya, ada kemungkinan orang yang anda tidak kenal itu boleh menganggap anda senyum untuk mengajak mereka berbual contohnya, namun ada pelbagai cara untuk membuatkan mereka faham yang anda senyum hanya untuk mengamalkan satu perbuatan yang baik dan bukan untuk perkara lain. Charlie Chaplin dan kawan-kawannya memberi mesej yang tepat mengenai perkara ini dalam lagu mereka bertajuk Smile (Senyum).


  • WHERE

  • OPENING HOURS

  • CONTACT DETAILS