PJKita_BM > Sebarkan Positiviti

Sebarkan Positiviti

Mempunyai pandangan yang positif mengenai kehidupan dan menzahirkannya dalam perbuatan dan perbualan harian akan hanya membuat anda kelihatan menawan. Apabila orang sentiasa melihat anda dalam keadaan gembira dan mereka akan tertarik untuk berkawan dengan anda. Ianya adalah hukum tarikan universal. Ianya tidak memerlukan usaha yang besar untuk menyebarkan nilai-nilai positif. Apa yang anda perlu pastikan adalah apabila bercakap, hanya bercakap tentang perkara-perkara yang baik sahaja dan apabila tidak bercakap, bahasa tubuh anda mesti positif.

Apabila orang lain bercakap tentang perkara yang negatif, anda perlu bijak mengalihkan perbualan itu kepada satu perbualan yang positif. Orang akan tahu anda tidak suka bercakap tentang perkara yang negatif dan kemungkinan besar mereka akan berasa malu kerana pada mulanya bersikap sedemikian serta akan memihak kepada anda. Kadang kala memang ianya mudah diucapkan daripada dilakukan terutama sekali apabila perkara negatif yang diperkatakan itu adalah tentang anda. Walaubagaimanapun, anda harus cuba sedaya upaya untuk sentiasa menyebarkan nilai-nilai positif dalam apa-apa keadaan pun dengan cara tersendiri.


  • WHERE

  • OPENING HOURS

  • CONTACT DETAILS