PJKita_BM > Makan PJ > PJ Nasi Lemak

PJ Nasi Lemak

SS 21/37, Sea Park & Seksyen 51a

Baru-baru ini TIME Magazine dah senaraikan nasi lemak antara 10 sarapan sihat. Bukan setakat sarapan, pagi, petang, siang, malam orang makan nasi lemak. Kami kongsikan beberapa tempat kegemaran pemburu nasi lemak yang famous dalam PJ.

10_03

1. NasiLemak Village Park – ada yang panggil Nasi Lemak Lofa. Kenape eh? Haha. Ntah la. Tapi yang pasti nasi lemak situ memang lemak habis, dengan ayam goreng yang juicy tapi garing. Kalau nak makan kat sini memang kena datang awal, kalau tak, kena berebut meja. Make sure parking di tempat yang betul, nanti MBPJ saman jangan marah!

10_04

2. Nasi Lemak Bumbung – Dulu nasi lemak bumbung ni orang panggil nasi lemak #@#i. Oops. Tapi halal OK? Gerai nasi lemak ni dekat Sea park. Diaorang start jual pukul 6pm onwards. Sambal diaorang tak pedas sangat and sedap dimakan dengan telur goring separuh masak. Erm dap.

10_05

3. NasiLemak 223 – Orang PJ kalau tak pernah makan kat sini memang tak tau nak kata apa. So, ada 2 jenis nasi lemak. Satu cop biru – tak pedas, satu lagi cop merah – pedas. Untuk menambah selera, korang boleh pilih macam-macam lauk kat situ. Kitaorang selalu makan dengan lauk paru. Diaorang buka kedai sampai pukul 2-3 pagi. Jom makan malam ni.

http://www.ohbulan.com/5-lokasi-paling-ummph-untuk-pemburu-nasi-lemak-di-tengah-malam/


Makan PJ |