PJKita_BM > Loafers untuk lelaki

Loafers untuk lelaki

Kasut loafers adalah sangat sesuai untuk dipakai di majlis formal atau tidak formal. Apa yang membuatnya lebih bagus adalah ianya senang untuk dipakai. Anda tidak perlu pun membongkok untuk memakainya. Dalam pada itu, anda ada pilihan untuk tidak memakai stokin untuk memakai kasut loafers. Satu lagi penyebab kenapa ianya jatuh dalam kategori kasut yang perlu didapatkan oleh semua lelaki. Walaubagaimanapun, apakah ciri-ciri yang dicari oleh lelaki sebelum mereka membeli sepasang kasut loafers?

Daripada pelbagai jenis kasut loafers yang ada dipasaran, jenis yang paling popular dengan lelaki adalah penny dan tassel loafers. Jadi boleh dikatakan lelaki sukakan kasut loafers yang klasik seperti penny loafers yang sesuai untuk dipakai dengan pelbagai pakaian serta bertali unik seperti tassel loafers yang menyerlahkan keanggunan mereka. Walaupun begitu, setiap lelaki harus mencuba jenis kasut loafers yang lain seperti horsebit, kilted, formal pump, slipper, espadrille serta lain-lain untuk meningkatkan pengetahuan fesyen mereka. Setiap jenis loafers selalunya dikaitkan dengan fungsi tertentu. Pada sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut harus membaca mengenainya dan kemudian mencuba sendiri di kedai kasut yang berdekatan.


  • WHERE

  • OPENING HOURS

  • CONTACT DETAILS