PJKita_BM > Ketawa Ubat Yang Terbaik

Ketawa Ubat Yang Terbaik

Semua orang suka ketawa. Sesiapa yang berupaya untuk membuat orang lain gelak mempunyai kebolehan yang unik dalam mencetuskan perubahan yang positif kepada emosi serta fizikal orang-orang di sekelilingnya. Ada yang berkata bahawa ketawa mampu membuatkan otak kita mengeluarkan bahan-bahan kimia semulajadi yang boleh jadikan kita berperasaan gembira. Apabila kita berada dalam keadaan demikian dan masih bergembira serta ketawa, secara amnya otot-otot kita akan jadi lebih selesa. Sememangnya ianya berupaya mengurangkan tekanan fizikal seseorang.

Dengan mengambil kira kelebihan-kelebihan tersebut, kita semua patut memastikan kita sentiasa berpeluang untuk ketawa selalu. Antara contoh yang paling mudah adalah dengan menambah elemen gurauan atau jenaka dalam perbualan harian kita dengan orang lain. Ini membuatkan saya ingin tahu jika ketawa yang dibuat-buat juga boleh menghasilkan keputasan yang sama.


  • WHERE

  • OPENING HOURS

  • CONTACT DETAILS