PJKita_BM > Kembalikan Pasar Malam Uptown

Kembalikan Pasar Malam Uptown

Ingat tak sebelum ini ada pasar malam dekat uptown? Saya pasti ramai yang pernah bertandang ke uptown pada waktu itu sudah lama rindukan pasar malam di uptown. Siapa yang tak rindu. Mengadakan pasar malam pada setiap hari untuk kita kunjungi jika kita mahu adalah satu idea yang tidak patut dilupakan begitu saja. Uptown adalah sangat meriah dengan adanya pasar malam sebelum ini berbanding dengan keadaan sekarang ini. Ianya telah diberhentikan agak lama sehingga sekarang dan mungkin telah tiba masanya kita mengembalikan semula pasar malam di uptown.

Walaubagaimanapun kita harus menyelesaikan beberapa isu yang mungkin telah menyebabkan pasar malam ditutup di uptown sebelum ini. Jika kita mahukan semula pasar malam, semua pihak yang terlibat harus memastikan tidak ada kesesakan lalu lintas yang disebabkan olehnya. Mungkin dengan menempatkan gerai-gerai di tempat yang lebih strategik akan membantu untuk menyelesaikan masalah ini. Tempat letak kereta juga harus dipastikan cukup dan beberapa pegawai harus digajikan untuk memantau kawasan pasar malam tersebut supaya tiada kereta yang diletakkan di belakang kereta lain atau menetup jalan-jalan tertentu. Selain itu pemilik-pemilik gerai mestilah memastikan gerai mereka bersih dan pelanggan juga tidak membuang sampah merata-rata. Jika semua ini dapat dilakukan, mungkin kita akan dapat lihat semula pasar malam di uptown.


  • WHERE

  • OPENING HOURS

  • CONTACT DETAILS