PJKita_BM > Hilangkan Bau Kaki Yang Busuk

Hilangkan Bau Kaki Yang Busuk

Ramai daripada kita pernah atau masih mempunyai kaki yang berbau. Punca utama kaki berbau apabila bacteria “memakan” peluh di kaki anda atau disebabkan jangkitan kulit di kaki oleh kulat seperti Athlete’s foot. Walaupun terdapat pelbagai penawar yang mudah untuk masalah ini, di bawah adalah antara penawar yang paling mujarab.

Apabila berhadapan dengan masalah ini, perkara pertama anda perlu buat adalah untuk mencuba rawatan rendam. Rawatan rendam ini melibatkan perendaman kaki anda di dalam air suam selama 15 atau 20 minit bersama satu bahan yang senang didapati di dalam mana-mana dapur. Setengah orang mencampurkan baking soda dengan air suam itu, ada pula yang mencampurkan dengan minyak Lavendar, dan ada orang lebih suka mencampurkan dengan cuka. Tidak terdapat sukatan yang tetap bagi bahan-bahan tersebut namun, sukatan sederhana adalah digalakan. Selalunya masalah kaki berbau anda terus akan hilang selepas melalui rawatan rendam ini.


  • WHERE

  • OPENING HOURS

  • CONTACT DETAILS