PJKita_BM > Guangzhou, China (PJ Sister City)

Guangzhou, China (PJ Sister City)

Guangzhou adalah bandaraya ketiga paling besar di China dan ianya adalah salah satu bandaraya di dunia yang mempunyai penduduk yang sangat ramai dengan populasi lebih kurang 13.3 juta orang. Guangzhou adalah juga bandaraya persahabatan PJ sejak 2012 melalui memorandum persefahaman di antara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan bandaraya Guangzhou dengan objektif untuk mengurangkan karbon, mencari peluang-peluang untuk melabur di dalam perniagaan yang lebih mesra alam, serta berkongsi idea-idea inovatif untuk kebaikan kedua-dua pihak. Melalui kerjasama yang formal ini, kedua-dua bandaraya akan mempromosikan keunikan budaya masing-masing di pelbagai majlis serta kempen.

Kesemua usaha-usaha ini adalah selari dengan visi PJ untuk menjadi “sustainable” pada tahun 2030 dengan imej yang baik, kerajaan bandaraya yang cekap, dan persikitaran yang sihat. PJ ingin menjadi destinasi antarabangsa yang popular pada satu masa nanti. Bayangkan Messi, Ronaldo, dan Pogba meluangkan masa lapang mereka bercuti di PJ. Pastinya menarik.


  • WHERE

  • OPENING HOURS

  • CONTACT DETAILS