PJKita_BM > Ghairah

Ghairah

Perasaan ghairah atau minat yang dalam adalah pendorong kebanyakan kita dalam kehidupan harian, sama ada dalam bentuk keinginan yang besar terhadap seseorang atau sesuatu atau boleh juga satu motivasi untuk membuat sesuatu perkara. Saya tertanya-tanya apakah minat penduduk PJ. Adakah orang-orang PJ mempunyai minat yang dalam tentang bandar mereka? Bagaimanakah kita hendak mengetahui tentang perkara ini? Pastinya tiada cara yang boleh mendapat kepastian yang boleh menjawab soalan berkenaan. Walaubagaimanapun, daripada pemerhatian di pelbagai acara dan majlis yang dibuat di PJ menunjukkan minat dan sayang nya orang-rang PJ terhadap bandar mereka.

Anda boleh melihat daripada keghairahan dan semangat yang ditunjukkan oleh orang-orang PJ serta kehadiran yang tinggi di acara-acara berkenaan. Daripada majlis sambutan tahun baru, keraian perayaan, dan juga di kempen-kempen kesedaran sosial seperti kempen anti pembulian di alam siber. Penduduk PJ patut meneruskan budaya cintakan bandar mereka ini dan sudah tentu ianya akan mendorong penduduk-penduduk di bandar-bandar lain berbuat demikian juga.


  • WHERE

  • OPENING HOURS

  • CONTACT DETAILS