PJKita_BM > Cara-cara untuk mengelakkan Banjir Kilat

Cara-cara untuk mengelakkan Banjir Kilat

Terdapat beberapa perkara dalam senarai semak mengelakkan banjir kilat yang kita perlu tanda untuk betul-betul pastikan pengurangan banjir kilat di PJ. Pertama dalam senarai semak adalah sistem saluran air yang efisien. Pihak-pihak yang terlibat harus memastikan sistem saluran air kita adalah berkesan dan lancar walaupun dengan adanya beberapa projek-projek pembinaan baru di PJ. Sistem saluran air harus diutamakan dalam perancangan bandar. Keduanya pihak penguasa dan juga penduduk PJ patut memastikan tidak terdapat sampah di sekeliling PJ kerana selalunya sistem saluran air serta laluan air hujan boleh disekat oleh sampah dan keadaan ini akan menyebabkan banjir kilat terjadi.

Selain itu, cara lain yang berkesan yang harus dicuba adalah untuk menanam lagi pokok-pokok di jalan raya di mana yang patut, jadi apabila hujan lebat, tanah di kawasan tanaman pokok-pokok itu boleh membantu untuk menyerap air hujan yang banyak. Oleh itu kita tidak hanya mengharapkan kepada sistem saluran air sahaja tetapi juga kepada satu “sistem” lain yang sangat membantu.


  • WHERE

  • OPENING HOURS

  • CONTACT DETAILS