PJKita_BM > Cara-cara mengurangkan Sakit Kepala

Cara-cara mengurangkan Sakit Kepala

Memang sangat mudah untuk kita terus mengambil ubat setiap kali kita mengalami pening kepala. Tetapi hakikatnya terdapat pelbagai cara lain yang berkesan yang berunsur semulajadi, tidak akan merosakkan badan anda pada jangka masa panjang, serta kemungkinan besar tidak akan membuat anda bergantung padanya.

Selain daripada memakan ubat, adalah lebih baik jika anda memakan kacang almond apabila anda pening kepala. Almond mempunyai sesuatu yang dipanggil salikin iaitu pereda kesakitan semulajadi; satu agen yang sama yang terdapat dalam ubat-ubat pening kepala yang dijual di luar sana. Tidak perlu apa-apa penyediaan; cuma anda perlu membeli kacang almond dan mula memakannya. Ianya adalah alternatif yang sihat berbanding dengan ubat.

Apabila anda merasa dahaga selepas memakan kacang almond tersebut, telan satu sudu minyak ikan untuk teruskan usaha mengurangkan pening kepala. Salah satu khasiat asid omega-3 minyak ikan adalah ianya dapat membantu mengurangkan pening kepala. Selepas itu, minum segelas air jus buah untuk merasa lebih baik.
Akhir sekali, anda digalakkan ke tandas untuk mandi air sejuk atau panas, sebelum berehat dan tidur sebentar. Belum apa-apa lagi, kemungkinan besar pening kepala anda akan hilang terus dan anda akan merasa lebih segar apabila bangun daripada tidur.


  • WHERE

  • OPENING HOURS

  • CONTACT DETAILS