PJKita_BM > Burger-Mbira

Burger-Mbira

Jika bertanya kepada penduduk Damansara Utama di mana untuk mendapatkan burger yang paling sedap, tentunya mereka akan sebulat suara berkata di Burger-Mbira. Burger-Mbira adalah sebuah gerai burger yang terletak di hadapan sebuah kedai kopi di Damansara Uptown (di Damansara Utama). Burger yang dibuat oleh mereka adalah sangat sedap sehinggakan pemilik kedai kopi itu sendiri adalah orang yang telah mencadangkan mereka membuka gerai di hadapan kedai kopinya. Sebenarnya sebelum itu sudah terdapat satu lagi gerai burger yang popular di tempat yang sama yang dipanggil Brother John tetapi mereka telah kosongkan tempat itu untuk berniaga menggunakan lori kecil. Jadi sebab itulah pemilik kedai kopi tersebut telah berusaha mencari sendiri gerai burger yang membuat burger paling sedap untuk mengganti tempat Brother John dan pada masa itulah dia terjumpa Burger-Mbira di Shah Alam.

Terdapat beberapa pilihan burger dalam menu Burger-Mbira. Pelanggan juga boleh memilih kombinasi burger tersendiri. Harga-harga burger juga adalah sangat berpatutan. Jadi apabila anda berada di Damansara Utama, anda patut mengunjungi Burger-Mbira untuk merasa sendiri salah satu burger mereka yang lazat itu.


  • WHERE

  • OPENING HOURS

  • CONTACT DETAILS