PJKita_BM > Buli Siber

Buli Siber

Adakah isu buli di alam maya di Malaysia pada tahap yang patut dirisaukan? Hasil pencarian dalam Google tidak memberikan jawapan yang konklusif. Walaubagaimanapun kita harus mengambil langkah untuk elakkan ianya menjadi isu besar terutama sekali apabila semakin ramai rakyat Malaysia menggunakan aplikasi media social seperti Facebook, Instagram dan sebagainya. Itu belum lagi mengambil kirakes-kes yang tidak dilaporkan. Pada takat ini sudah terdapat beberapa kes-kes buli di alam maya yang popular dilakukan oleh rakyat Malaysia kepada rakyat Malaysia. Jika ianya boleh membawa kesan yang sangat negatif di negara lain seperti menyebabkan bunuh diri, tidak mustahil satu hari nanti ianya boleh memberi kesan yang tidak elok juga di Malaysia.

Mungkin apa yang kita patut lakukan sebagai permulaan adalah untuk memastikan terdapat kesedaran mengenai penggunaan aplikasi media sosial yang membolehkan kita menghentikan pembulian terhadap kita atau pun orang lain. Contohnya, hampir kesemua aplikasi media sosial mempunyai kemudahan untuk menghalang sesiapa sahaja yang kita tidak suka daripada terus berkomunikasi dengan kita . Pengguna media sosial juga boleh melaporkan kepada admin perbuatan tidak elok pengguna yang lain. Selain itu, sebagai ahli komuniti alam maya, kita seharusnya menyarankan kesemua ahli untuk peka dan bertindak terhadap pembuli. Kita juga harus menolong orang-orang yang dibuli dengan memberikan semangat dengan harapan dapat kembalikan keyakinan diri mereka. Inisiatif-inisiatif seperti ini besar kemungkinan dapat menghalang pembulian daripada berlaku dan memastikan persekitaran yang aman di alam maya yang kondusif untuk aktiviti bersosial.


  • WHERE

  • OPENING HOURS

  • CONTACT DETAILS