PJKita_BM > 7 Cara Untuk Meningkatkan Produktiviti Hari Isnin

7 Cara Untuk Meningkatkan Produktiviti Hari Isnin

Saya percaya kebanyakan daripada kita yang bermurung kerana perlu kerja pada hari Isnin selepas menikmati hujung minggu adalah orang-orang yang tidak sukakan kerja mereka. Kemungkinan besar mereka tidak pernah ada minat dengan kerja masing-masing atas pelbagai sebab contohnya terpaksa menerima pekerjaan tersebut kerana tiada tawaran lain, gaji kecil, ataupun telah berasa bosan setelah beberapa tahun membuat kerja yang sama. Sememangnya sukar untuk memberi motivasi kepada pekerja-pekerja begini melainkan mereka dapat mencari pekerjaan lain yang mereka betul-betul berminat. Walaubagaimanapun, tiada masalah untuk mencuba dan berikut adalah 7 cara untuk meningkatkan produktiviti pada hari Isnin anda.

  • Jika tiada kerja yang penting untuk dilakukan dengan kadar segera, cuba untuk bekerja dalamjangka masa yang pendek sebelum berehat sebentar dan sambung semula dan hanya melakukan kerja yang berat pada masa yang anda paling produktif. Contohnya selepas meminum kopi pada waktu pagi.
  • Memainkan musik kegemaran anda dengan perlahan sambil membuat kerja mungkin akan membantu untuk melalui hari kerja pertama pada setiap minggu.
  • Selalunya anda hanya perlu terus melakukan sesuatu kerja tanpa memikirkan tentang kemurungan yang anda sedang lalui dan belum apa-apa lagi anda akan mendapati kerja tersebut hampir selesai.
  • Jika boleh, pastikan tugasan yang berat tidak banyak untuk disambung buat ataupun tiada langsung untuk dilakukan pada setiap hari terakhir kerja setiap minggu supaya anda tidak resah apabila kembali bekerja pada setiap hari Isnin.
  • Pastikan anda mempunyai beberapa perkara yang menarik untuk dilakukan pada hari Isnin seperti makan tengahari/malam di restoran kegemaran anda dan menonton wayang selepas waktu kerja. Anda pasti memulakan hari Isnin anda dengan lebih positif kerana anda ada beberapa perkara yang menarik anda nanti-nantikan.
  • Hiasi ruang kerja/bilik ataupun lebih baik seluruh ofis anda seperti di dalam sebuah rumah supaya anda merasa selesa seperti di dalam rumah sendiri dan kurang stres untuk melakukan tugasan.
  • Rehat dengan cukup pada malam sebelumnya supaya lebih bersedia untuk menghadapi kemurungan bekerja pada hari Isnin berbanding jika anda melaluinya dalam keadaan yang mengantuk dan penat.

  • WHERE

  • OPENING HOURS

  • CONTACT DETAILS