PJKita_BM > 7 Cara Tandas Awam Dihancurkan Orang Ramai

7 Cara Tandas Awam Dihancurkan Orang Ramai

Kita selalu terfikir-fikir kenapa kebanyakkan tandas awam kotor dan dalam keadaan yang buruk. Jawapan pendek kepada soalan itu adalah kerana terdapat orang-orang yang tidak bertamadun di antara kita; tidak semestinya orang tempatan sahaja kerana boleh jadi juga pelancong dan sebagainya. Kenapa mereka berkelakuan sedemikian adalah soalan yang terlalu rumit untuk didalami dalam satu artikel pendek kerana terdapat terlampau banyak teori mengenainya. Walaubagaimanapun, di bawah adalah 7 perbuatan orang-orang yang tidak bertamadun merosakkan tandas awam.

  • Sifat pengotor yang meneruskan tabiat yang tidak bersih.
  • Menghentam peralatan seperti tempat duduk tandas, pintu, dan paip air apabila menggunakannya.
  • Membuang sampah di dalam lubang tandas menyebabkan saluran tandas tersumbat.
  • Sengaja membiarkan paip air terbuka dan tidak ambil kisah ianya boleh banjrkan tandas.
  • Memecahkan cermin, pemegang tisu, sinki, lampu dan sebagainya tanpa sebab yang munasabah.
  • Menulis perkataan-perkataan kesat menggunakan “permanent marker” dan penyembur tin di dinding dan pintu.
  • Menjadikan tandas awam sebagai tempat mengambil dadah sehingga ianya menjadi kotor.

  • WHERE

  • OPENING HOURS

  • CONTACT DETAILS